Followers

Sunday, 2 October 2011

Lelaki..Egokah Anda?

Lelaki memang dikenali memiliki sifat keegoan yang tinggi.Namun adakah semua lelaki bersifat demikian?Atau pun sebilangan sahaja?
Kepada para lelaki,apakata kali ini kita cuba memahami diri sendiri samada kita seorang lelaki yang ego atau tidak.
Mari kita sama-sama menjawab kuiz ringkas dibawah..

1)Anda keluar bersama kekasih anda dan tiba-tiba terserempak dengan kawan-kawan lelakinya.Kekasih anda mengajak anda berjumpa dengan mereka.Tindakan anda?
A-Tidak membenarkan si dia berjumpa dengan mereka.Bagi anda mereka yang sepatutnya datang berjumpa dengan anda berdua.
B-Ikut si dia tetapi hanya berdiam diri dan tidak menyapa atau berbual dengan mereka.
C-Biarkan si dia pergi sendiri dan sedia menunggunya.

2)Berlaku perselisihan pendapat antara anda dan kekasih.Secara tiba-tiba si dia menangis dan terus berlalu pergi.Tindakan anda?
A-Biar saja si dia pergi kerana bagi anda si dia salah dan anda yang lebih arif darinya.
B-Terus mengejarnya dan memujuk dengan lemah lembut.
C-Menjerit dan meneriakkan namanya sambil marah-marah.

3)Anda dan kekasih bertengkar,dan secara tiba-tiba si dia minta putuskan hubungan.Tindakan anda?
A-Hanya berdiam diri dan menerima keputusannya walaupun anda sayangkan si dia.
B-Merayu agar si dia berubah fikiran dan mengaku semuanya salah anda.
C-Terus menuduh si dia selingkuh dengan orang lain.

4)Sekiranya anda ada masalah kewangan,adakah anda akan meminta tolong dari kekasih atau pun kawan-kawan anda?
A-Mestinya dari kawan-kawan kerana bagi anda maruah anda pasti tercabar jika meminta pertolongan si dia.
B-Pastinya dengan si dia.Bagi anda susah dan senang dikongsi bersama.
C-Minta tolong dengan kawan-kawan dulu.Andai kawan-kawan tak dapat menolong,baru lah meminta tolong dari si dia.


Kesimpulannya:

Jika jawapan anda banyak A
-Anda memang seorang lelaki yang memiliki sifat ego yang tinggi dan lansung tidak mahu mengalah walaupun sayangkan si dia.Andai anda terus bersikap begini,kemungkinan hubungan yang dibina sukar untuk bertahan lama.Maklumlah,wanita mana yang suka hidup dengan lelaki yang ego.

Jika jawapan anda banyak B
-Anda memiliki sikap tolak ansur dan memahami.Anda tidak malu untuk mengaku kesalahan atau kekurangan diri.Sikap yang begini pasti membuatkan si dia menghormati dan amat menghargai anda.

Jika jawapan anda banyak C
-Anda lelaki yang sukar difahami.Anda ego namun tidak menunjukkan keegoan anda tetapi dalam masa yang sama anda memberontak.Kadangkala anda lebih suka memendam perasaan sendiri.Keadaan ini seringkali memeningkan si dia,dan jalan terbaik ialah berbincang dan berterus terang dengannya.Buangkan rasa malu anda itu.

No comments: