Followers

Sunday, 2 October 2011

5 Idea Romantik Menghargai Kekasih





Hanya si dia lah satu-satunya yang bertahta di hati.Segala rasa kasih,sayang dan cinta hanya padanya.
Ternyata si dia lah yang teristimewa dan menjadi penyeri hidup anda.
Segalanya sanggup dilakukan demi membahagiakan dirinya.Bak kata pepatah.."gunung berduri sanggup didaki,lautan api sanggup direnangi,demi kekasih yang dipuja".

Namun,apakah cara terbaik untuk anda membuat si dia gembira dan berbahagia?Cukupkah setakat menelefon dan sms si dia setiap hari?Atau cukupkah dengan keluar bersama seminggu sekali?
Untuk anda yang sedang bercinta atau pun baru memulakan perhubungan,penulis ada beberapa idea romantik untuk anda melayan,mengambil hati dan menghargai kekasih anda agar cintanya pada anda bertambah kuat dan kukuh.

5 idea yang di senaraikan dibawah dikira sebagai paling ringkas tetapi menjadi sesuatu yang amat romantik untuk dilakukan.

1)Berikan si dia kad ucapan.Walau bukan sesuatu yang mahal,sekeping kad ucapan yang penuh dengan kata-kata indah mengambarkan perasaan anda padanya lebih berharga dari benda-benda lain.Paling baik kiranya anda dapat membuat sendiri kad ucapan tersebut.Pasti si dia akan tersentuh dengan kesungguhan anda.

2)Makan bersama.Tetapi dengan keadaan dan suasana yang berlainan dari kebiasaan anda berdua sebelum ini.Misalnya anda boleh masakkan makan kegemarannya dan makan bersama ditaman atau pun sambil berkelah ditepi pantai.

3)Hadiahkan si dia apa yang menjadi kesukaannya.Misalnya jika si dia sukakan musik,anda boleh hadiahkan cd/vcd lagu-lagu yang diminatinya.Jangan lupa selitkan sekali sekeping nota kecil yang menyatakan cinta anda padanya.

4)Mungkin anda ada menyimpan sesuatu yang menjadi kenangan anda dan si dia misalnya tiket wayang,bil restoran dan sebagainya.Anda boleh jadikan satu koleksi,simpan dalam satu album yang menarik dan hadiahkan pada si dia.Cubalah,sudah pasti si dia akan merasa kagum dan teruja dengan apa yang anda lakukan.

5)Luangkan masa bercuti bersama-sama si dia.Hadiahkan si dia dengan ketenangan dan keseronokan mengunjungi tempat-tempat melancong yang menarik.Tak perlulah sampai keluar negara,di dalam negara pun sudah cukup asalkan anda berdua dapat bersama dalam suasana tenang,indah,seronok dan menarik.

Semoga anda mendapat manfaat dari idea-idea yang penulis berikan kali ini.
Terimakasih.

No comments: