Followers

Sunday, 2 October 2011

5 Kesilapan Wanita Dalam Bercinta

Mula-mula cinta bersemi,terasa alangkah indah dan bahagianya hari-hari yang dilalui.Perhatian dan kemesraan yang si dia berikan membuatkan perasaan cinta sentiasa bergelora.Diri bagaikan berada disyurga dibuai pesona cintanya.
Namun,segalanya hanya seketika.Entah mengapa makin lama terasa si dia tidak seperti dulu.Kemesraan dan perhatiannya dirasakan semakin hilang.
Betapa hati tersiksa memikirkan situasi yang mencengkam rasa dan membingungkan akal fikiran.Apakah diri ada membuat kesalahan dan kesilapan?Mengapa si dia bagaikan semakin hari semakin jauh..
Beginilah lumrahnya percintaan.Bahagia bukan bererti selamanya jika tidak dijaga dengan sempurna.Hubungan cinta memang bukannya sesuatu yang mudah.Semuanya perlu dijaga dan diambil kira.
Bagi para wanita,perlu diingat,bukannya lelaki sahaja yang mesti sentiasa menjaga hati dan perasaan anda.Hati lelaki juga perlu dijaga dan diambil tahu kiranya mahu perhubungan sentiasa sempurna dan bahagia.Apatah lagi lelaki selalunya mudah berubah hati dan beralih arah.
Berikut dinyatakan 5 kesilapan yang biasa dilakukan wanita dalam percintaan yang selalunya membuatkan lelaki cepat bosan dan berubah.Diharap akan dapat memberikan pedoman buat anda wanita semua dalam memperbaiki hubungan cinta yang dirasakan kian pudar...

1)Abaikan penampilan diri.
Biasanya mula-mula kenal semuanya mesti sempurna,tapi bila dah lama semakin berubah dan mula abaikan penampilan diri sendiri.Tahukah anda bahawa mata lelaki amat tajam dan cekap memerhati berbanding wanita.Jadi anda tak seharusnya abaikan penampilan diri didepan si dia.Bukanlah pula maksudnya perlu ke salon merias diri setiap hari,tapi cukuplah dengan menjaga kebersihan,terutamanya kulit dan rambut.Bukankah wanita itu dianugerahkan sebagai makhluk yang indah dan cantik.Jadi,kenapa tidak menjaga keindahan dan kecantikan yang dianugerahkan itu.
2)Bersikap dan berperanan sebagai ibu.
Kalau nak menegur si dia pun janganlah anda berlagak dan bersikap seperti seorang ibu.Ini tidak,nampak saja yang tak disukai,mulalah mengkritik dan membebel panjang.Misalnya,bila anda ke bilik si dia,melihatkan keadaan biliknya yang agak berselerak,anda mula mengomel kononnya pengotorlah,macam sampahlah.Lelaki kan paling tak suka jika dikritik dan diperlekehkan.Jika nak menegur pun,cubalah tegur dengan cara yang lebih elok dan diplomasi.Ataupun anda boleh menawarkan diri untuk membantu mengemaskan biliknya,tentu si dia sendiri akan merasa segan dan tidak membiarkan biliknya berselerak lain kali.
3)Tidak yakin.
Kurangnya keyakinan diri menyebabkan anda selalu merasa diri sendiri banyak kelemahan bila disamping si dia.Anda sentiasa mengeluh takut diri anda dianggap kurang menarik.Setiap kali bertemu,soalan-soalan seperti "awak nampak saya tambah gemuk ya","saya terlampau kurus kan",sentiasa keluar dari mulut anda.Lelaki pun adakalanya bosan mendengar soalan yang sama tiap-tiap kali.Tambah-tambah lagi bila bersamanya,sekejap-sekejap anda melihat cermin membetulkan make-up,rambut dan lain-lain..
Usahlah anda terlalu risau.Percaya dan yakin pada diri anda sendiri.Anda tentulah mempunyai keistimewaan yang membuatkan si dia terpikat dan menerima anda sebagai kekasih.
4)Curiga.
Mungkin kerana terlalu sayang dan tak mahu kehilangannya membuatkan anda sering mencurigai si dia.Pasti ada saja hal yang tidak anda senangi dan puashati.Pasti ada saja pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan si dia rasa yang anda sedikit pun tidak mempercayai dirinya.Walaupun diberikan penjelasan,anda pasti akan mengungkitkan kembali bila berkesempatan. Perkara-perkara yang kecil selalu diperbesar-besarkan seolah-olah anda mesti tahu setiap apa yang si dia buat dan lakukan walaupun hal-hal peribadinya sendirinya.Tak salah anda menyimpan perasaan curiga,tapi biarlah berpada-pada...
5)Suka bercerita dan bergosip.
Suka bercerita itu memanglah baik.Kalau asyik berdiam diri saja tentulah hubungan anda dan si dia pun tiada kemesraannya kan.Tetapi,bercerita pun ceritalah tentang diri anda dan hubungan anda berdua.Bukannya tiap kali bersama anda selalu bercerita tentang cerita-cerita gosip anda dan kawan-kawan.Lelaki bukannya jenis yang suka mendengar gosip-gosip yang tak berkenaan.Bagi lelaki,banyak lagi perkara lain yang lebih baik untuk difikirkan selain dari mengambil tahu hal orang lain.Bukankah waktu anda dan si dia bersama waktu untuk lebih mengenali hati budi masing-masing.Bukannya waktu anda nak bergosip tentang hal-hal lain..Anda seharusnya tahu membezakan waktu bersama kekasih dan waktu bersama kawan-kawan.

No comments: