Followers
Thursday, 29 September 2011
Jam Tangan Aneh dan Pelik
10 Jam Tangan Aneh dan Pelik. Dalam dunia ini tidak dinafikan, memang terdapat banyak perkara yang aneh lagi pelik. Samada ianya berbentuk benda atau peristiwa. Tidak kira samada ianya direka oleh manusia atau ciptaan Yang Maha Pencipta. Pelik atau unik, lain dari yang lain.. dan pelbagai ungkapan yang dapat kita sandarkan pada setiap perkara pelik dan aneh tersebut. Begitulah juga dalam hal yang ingin Admin kongsikan kali ini.
Seperti tajuk Artikel ini, Admin hendak kongsikan bersama pembaca sekalian mengenai 10 Jam Tangan Teraneh dan Pelik pada pandangan manusia. Ermm.. apa faedah semuanya nie Admin? Hehe.. tak ada apa, cuma nak tunjuk biar anda semua tidak merasa teruja atau terkesima sekiranya anda menjumpainya secara live nanti, siapa tahu? Hehehe.. ok, di bawah ini adalah gambar-gambar jam tangan pelik dan aneh yang Admin maksudkan:
1. Jam Tangan Besi Samurai
Maklumat: Jam tangan ini direka oleh pereka Jepun, Hironao Tsuboi. Ia telah datangkan dan menjadi salah satu jam tangan dengan rupa paling luar biasa. Ia mungkin kelihatan seperti sebuah gelang biasa tetapi sebenarnya ia adalah jam tangan. Nombor cahaya antara segmen yang anda lihat itu menggunakan teknologi LED. Terdapat 3 warna yang tersendiri dapat anda pilih iaitu warna silver, Black dan Ultra marine.
2. Jam Tangan Vanity Mirror
Maklumat: Jam tangan ini berharga USD69.95. Jam tangan ini sangat unik, di mana ia di datangkan dua rupa sebagai cermin selain daripada membantu anda memberitahu masa semasa supaya anda tidak akan terlambat untuk aktiviti seharian anda. Fungsi LED berwarna merah terang digunakan untuk memberitahu masa, dan apabila ianya tidak diperlukan, maka ia boleh dimatikan untuk mendedahkan wajah cermin yang terletak betul-betul di muka jam tangan tersebut.
3. Jam Tangan Devon Tread 1
Harga: USD$15,000. Model jam tangan ini diusahakan oleh syarikat bernamaDevon yang disebut Tread 1. Seperti juga namanya, Tread 1 menggunakan sistem seakan-akan treadmill dengan tali yang dijalin bersama dan memiliki motor yang terpisah. Waktu pula ditampilkan sebagai angka yang muncul pada tempat yang ditetapkan ketika angka tersebut berputar pada treadmill mini. Lain-lain ciri istimewa termasuklah keupayaan mikropemproses di atas kapal, pembinaan polikarbonat “kalis peluru”, dan bateri Lithium Polymer yang boleh dicas semula yang bertahan sehingga dua minggu untuk sekali cas.
4. Jam Tangan Green Geek Power
Harga biasa: $64.95. Sumber ~ Jam Tangan Gree Lathern :p Sudah siap sedia untuk terbang ke langit dan memerangi kejahatan dengan kekuatan pahlawan super? Pastinya, jam tangan ini tidak boleh membantu anda :p. Tapi jika anda ingin merasa perasaan seperti melawan penjahat super dengan sebuah jam tangan yang seakan-akan boleh meluncur melalui ruang dan waktu, anda boleh miliki Jam Tangan Green Geek Power ini. Lampu hijau jam tangan ini menyala seperti mercu suar yang akan membuat orang di sekitar anda merasa kagum sekali.
5. Jam Tangan Space Invaders
Jam tangan ini direka dalam dua versi, satu khas untuk siang hari (dengan warna penuh), dan satunya lagi untuk malam hari (dengan para penyerang yang bersinar).
6. Jam tangan EleeNo EG3
Syarikat Jepun Tokyoflash meningkatkan reputasi mereka dalam design jam tangan aneh, dan design terbaru mereka ialah ElleNo EG3. Jam tangan penunjuk waktu ini memiliki penampilan yang mewakili waktu melalui serangkaian kotak: 3 kotak di atas menunjukkan jam, 3 kotak di tengah menunjukkan minit puluhan, dan 3 kotak terakhir mewakili minit saat.
7. Jam Tangan Peta (Map Watch)
Info: Para engineer Vacheron Constantin serta pembuat jam tangan menambahkan satu koleksi lagi jam tangan mereka; Vacheron Constantin Calibre 1126AT, sebuah kompilasi yang diperlukan untuk membuatkan masa bergerak sesuai dengan kartografis para pengembara terkenal.
8. Jam tangan Kayu – Wooden Watch
Jam Tangan WeWood Chrono ini diperbuat daripada 100% kayu asli. Ia mempunyai permukaan kayu, gelang, dan dail. Ia boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk seseorang sukakan alam sekitar atau yang alah kepada bahan-bahan jam tangan yang lain. Tekan butang dan lampu masa dan tarikh di bahagian permukaannya.
9. Jam Tangan Bingo
Jam tangan yang baru dan unik ini dipanggil Bingo dari Eleeno. Ia boleh didapati melalui Kedai Online dari Jepun Tokyoflash. Untuk memberitahu masa mungkin nampak mudah (walaupun tidak kelihatan seperti itu sebenarnya). Titik di bahagian luar untuk jam dan bahagian dalam pula untuk minit.
10. Jam Tangan Relativity (Relativity Watch)
Mencontoh daripada teori relativiti Albert Einstein, Jam Tangan Relativity ini sebenarnya yang menjadikan jarum angkanya bergerak. Ia tentu saja akan membuatkan anda pening jika anda terus menerus menatapnya selama lebih daripada 12 jam.
Demikian 10 Jam tangan aneh, pelik dan sewaktu dengannya. Bagaimana? Pelik atau tidak? Hehe, anda sendiri tentukan. Ada yang tak pelik pun, cuma kecanggihan dan teknologi yang melampau diletakkan dalam jam tersebut menjadikan ianya pelik sedikit di mata orang yang melihatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment