Kebakaran Kolej Jati Uitm Shah Alam 28 September 2011
Kebakaran Kolej Jati Uitm Shah Alam 28 September 2011. Tadi admin dapat tahu semalam berlaku kebakaran di asrama blok C UITM Shah Alam. Teringat admin ada 3 orang sepupu Admin belajar di UITM Shah Alam. Admin tak pasti asrama tu lelaki atau perempuan. Ketiga-tiga sepupu Admin tinggal di luar. Moga-moga selamat lah hendaknya.
Apa punca sebenar kebakaran yang berlaku di Kolej Jati UiTM Shah Alam malam semalam? Daripada video tu Admin dengar mungkin kerana rokok. Anda boleh tengok melalui video di bawah nie:
Ini ada nasihat daripada Pihak Keselamatan UITM: Sekarang kita dapat lihat kelemahan tentang aspek keselamatan/kecemasan di kalangan Masyrakat Malaysia. Selalunya bila Institusi anjurkan Latihan Kebakaran, ramai yang megeluh, ramai yang tak nak turun duduk dalam bilik. Tapi bila betul-betul berlaku kebakaran masing-masing tak tahu nak ambil tindakan segera. Sibuk merakam video buat apa. Sepatutnya terus Dail 999 (talian kecemasan/Penyelamat). Lagi satu masih ramai yang tak tahu talian Kecemasan tu percuma. Kepada individu-individu yang ada dalam video ini diharap lepas ni sila ambil tahu tentang aspek kecemasan/keselamatan. -Biro Keselamatan UITM.
Apapun, janganlah kita asyik menunding jari kesalah kepada orang lain. Setiap mereka yang ada di situ ada tangungjawab, orang rakam video pun ada tangungjawab juga, boleh jadi bahan bukti. Cuma yang lain tu pergi report, jangan ikut sama merakam, biar seorang 2 rakam cukup. Kepada pihak keselamatan harus lebih peka dan cepat bertindak. Semoga menjadi pengajaran yang bermakna dalam memperbaiki diri kita sendiri. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment