Followers

Sunday, 14 April 2013

19/02/2013 ada apa yer dengan tarikh ni.

19/02/2013
Tarikh yang takkan pernah aku lupa.
Mungkin juga jadi sejarah paling pahit dalam hidup aku.
Orang yang aku cinta,aku syg spenuh hati aku tinggalkan aku.
Tak dapat aku gambarkan betapa sakit apa yang aku lalui.
Mungkin aku lah orang yang paling derita kat dunia ni masa tu.huhuhuh
Aku da berusaha nak pulihkan hubungan kami.
Malam tu aku jadi tak tentu arah,macam orang jalan tanpa arah tuju.
Dalam Ktm aku menangis,org semua pandang aku.aku cuba tahan tapi entah.mmg susah.mulut boleh menipu.tapi mata tak boleh menipu kan.
Entah macam mana aku naik ktm trus ke kl sentral.turun situ cari bas nak balik jumpa dia.gila kot.mana ada bas kat situ.bebal betul aku rasa.nasiblah aku sempat naik ktm last malam tu ke arah shah alam.
Dalam bas dari shah alam ke alorstar aku cuma terkaku sambil airmata trun.aku cuba tenangkan diri,masa seminit pun aku rasa macam berjam lamanya. sampai je kawasan alorstar,dah terlalu banyak kenangan kami,dalam masa yg sama aku macam tak percaya apa yg jadi.
Bila aku jumpa dia,aku merayu rayu macam org bodoh.
Aku menangis depan dia macam aku tak ada maruah.
Kata2 dia memang aku takkan lupa sampai aku mati pun.
Apa yang dia cakap tu biarlah rahsia.takkan aku nak cerita.huhuh
Biarlah aku dihina pun.
Tapi ingatkan lah.hidup ni bagaikan roda yang berputar.
Dah puas aku membodohkan,membangangkan diri aku depan dia tanpa ada maruah baru aku blah.
Aku dah tak dapat nak buat apa lagi melainkan bunuh diri atau bunuh dia ja masa tu.hahah.
Tapi still blh sabar beb.
Aku takmau masuk neraka.
Aku trus ambil tiket bas nak blik ke pj semula sbb esoknya aku kerja.
Ingatkan bila aku balik tu berbaloi,rupanya kerja yang sia2 je.
Menambah sakit hati lagi adalah bila nampak sndiri depan mata.
Sampai je pj aku stil tak putus asa.aku kol mak dia.cakap yang kami dah....
Fuh,seumur hidup aku tak pernah aku buat kerja gila ngan bangang mcm tu.entah aku jadi sawan kot.
Lepastu takdak apa prubahan juga.
Aku sabar,aku tunggu kot dia brubah hati ngan prbuatan dia.
Tiap hari aku buka twter dia.
Masa tu aku memang harap sangat kami dapat brsama lagi.
Harap sangat nk tengok dia cakap rindu aku ke.
Langsung tak ada,dia happy lagi ada lah.biasalah dapat orang yang sempurna dari semua aspek.lainlah macam aku ni,terlalu banyak kekurangan berbanding org baru tu.
Tiap hari nak tunggu satu jam pun macam bertahun.
Dalam pertengahan bulan 3,aku stil tak boleh nak buang dia,sampai aku rasa benci sangat ada hati,aku rasa penat dengan prasaan tu.
Bulan 4 ni aku rasa ok skit,tapi bila tengok gambar dia,aku rindu.
Dalam bulan 4 ni juga aku tengok gambar2 dia dengan laki baru tu,hati aku sakit.
Sakit sangat,tapi kenapa aku copy gambar tu buat wallpaper fon aku pun aku tak tahu.huhuh
Bila baru2 ni ada pula aku jumpa gambar baru lagi,aku tengok,tenung,hati aku tak rasa apa2,hati aku tak sakit.
Rupanya ada hikmah bila aku copy gambar dia dgn budak tu then aku slalu tengok sampai aku dah blh trima yang kami dah pun berpisah.Mungkin ni cerita terakhir tentang hubungan kami.
Sebab aku pun dah buka buku baru.so buat apa nak dikenang org yg tak tahu menghargai.kan.
Tu lah cerita aku.
Korang yg putus cinta tu.banyak2 lah brsabar,aku tau macam mana sakitnya.
jngan sampai bunuh diri,mcm tu lah jadi klau tak ingat tuhan.aku mngaku memang aku trfikir nak buat mcm tu haritu.kawan2 byak tegur aku.famly pun byk bagi smngat..skrang aku menyesal,knpalah aku jadi bodoh macam tu skali masa tu.
Aku berdoa dan berharap agar dapat keampunan dari-NYA atas apa yg aku niat tu.hanya kerana cinta.bodoh betul.
Salam terakhir dariku.daa

No comments: