Followers

Thursday, 7 March 2013

Tiada insan seperti awak



Meski saya perlu memilih berulangkali
Tak mungkin akan ada insan lain seperti awak
Seseorang yang menceriakan hidup saya yang sepi
Sungguh saya bersyukur dan berterima kasih
Kerana insan seperti awak, hati saya masih bisa bertahan
Walaupun kesakitan dalam menunggu itu tetap ada
Meskipun saya tak mampu luahkan rasa cinta pada awak
Hakikatnya, saya hanya berani memandang awak dari jauh
Serahkan semua rasa sayang dalam hati ini bersama doa
Biarpun saya sedih, tapi tetap bahagia
Tiada cinta lain dalam hati ini selain pemberi cinta
Sesuatu yang bisa membuat dada ini bergetar
Hasrat yang saya pendamkan, jauh dalam kenangan dan bayangan
Kerana insan seperti awak, saya sanggup tahankan air mata
Sakitnya menanti sesuatu yang tak pasti
Tiada apa, tiada lain yang kudambakan hanyalah
Suara tertawa, senyuman mesra
Kerana cinta itu bersifat memberi dan menerima
Hargai segala yang diberi
Biarpun hati bersedih, tapi hati tetap tersenyum
**********

" tiada insan seperti awak lagi, tapi mungkin ada yang lebih baik dalam perancangan Ilahi "

:')

No comments: