Orang kata, waktu bercinta sangat menyeronokkan dan asyik sekali. Saya akui fakta itu. Tidak mampu untuk menyangkal. Benar, cinta boleh mengkhayalkan kita. Hohoho.
Tapi, adatlah. Bila ada manis, ada juga pahit yang datang menjengah walau tidak diundang. Kan?
Apa reaksi pertama korang bila, tengah hangat bercinta tu…kekasih buat hal? Teng teng teng. Baik, topic saya kali ini is about relationship. Apa korang akan buat bila ditipu bulat-bulat dengan kekasih? Forgive him/her atau say good bye my dear?
Pengalaman bersama teman-teman saya, agak mengecewakan. Saya sendiri tidak faham kenapa mereka biarkan saja diri menjadi hamba cinta. Sudah terang kekasih tidak berlaku jujur, tetapi masih lagi ingin bersama.
Pelbagai alasan saya dengar. Bila kekasih tertangkap sedang bermain cinta dengan orang lain, si kekasih katakan dirinya sunyi bila terpaksa berjauhan. Padahal, jauh itu kerana kerja,study! Eh, dimaafkan saja dan terus bercinta.
Kalau sekali boleh dimaafkan. Masalahnya, berkali-kali. Haih.
Pleaselah, alasan itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. Ops, itu kalau saya. Korang saya tidak tahu. Cuma, kalau saya..bila bercinta, perlu jujur . Kalau sudah diungkapkan kata sayang sebagai pengikat janji, buktikan lah!
Masa, belum berkahwin udah mahu mencari penghibur dikala pasangannya ngga ada di sisi? Kalau udah bernikah dan punya urusan mendadak…gimana? Perangai lama, susah lho kalo mau dibuang gitu aja. Bisa ngerti ngga maksud gwe?kuikuikui. Be aware ya!
Kalau bercakap pasal hati, kita tak boleh nak memaksa individu tu buat decision. Kalau difikirkan secara logic, kalau sudah terang-terang si kekasih tu buat salah, buat apa nak tunggu kan? Putus kan saja. Tapi, saya percaya..bukan semua orang kuat untuk berbuat demikian. Kan?
Saya salah seorang daripadanya. Saya manusia yang tidak reti menghukum manusia dan menilai seseorang dengan sekali kesalahan. Prinsip saya sedari dulu, maafkan dan offer second chance untuk setiap kesalahan yang mereka buat.
Manusia tidak pernah sempurna bukan?
Apa salahnya saya berikan peluang kedua. Mana tau, peluang kedua itu tidak dipersiakan. Tapi, kalau sekali lagi ulang kesalahan sama…selamat jalan! Go to h**l kamu
Itu cara saya. Korang macam mana? Percaya tak kalau saya katakan, ada di antara kita yang terlalu lemah untuk hal yang satu ni? Seriously ok. 100kali kekasih menipu , 100 kali juga lah dia rela ditipu dan terus berada di dalam sangkar cinta itu.
Tapi, itu pilihan dia. Masing-masing punya hak untuk menentukan laluan hidup mereka. Terpulanglah. Cuma, janganlah biarkan diri menjadi hamba cinta. Sayang kekasih biarlah berpada.
Bukan Laut Namanya Jika Airnya Tidak Berombak. Bukan Cinta Namanya Jika Perasaan Tidak Pernah Terluka. Bukan Kekasih Namanya Jika Hatinya Tidak Pernah Merindu Dan Cemburu.
Bercinta Memang Mudah, Untuk Dicintai Juga Memang Mudah. Tapi Untuk Dicintai Oleh Orang Yang Kita Cintai Itulah Yang Sukar Diperoleh.
Kadangkala Kamu Tidak Menghargai Orang Yang Mencintai Kamu Sepenuh Hati, Sehinggalah Kamu Kehilangannya. Pada Saat Itu, Tiada Guna Sesalan Karena Perginya Tanpa Berpatah Lagi.
Renung renungkan...
1 comment:
amboi lain macam je bunyi. sayang oke?
Post a Comment