Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah
seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan
dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh
seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua
tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas
belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan
penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding
untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini
mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku
membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan
seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan
runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini
didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah
wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan
runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka
memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati.
Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan
selimut berbunga di bawah mayat ibunya.
Jelas sekali, wanita
itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan
anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk
melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa
ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang
untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut,
terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada
skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat
bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke
tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis.
“Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.”
Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
No comments:
Post a Comment