Followers

Sunday, 31 March 2013

Senyumlah Wahai Hati

UJIAN.!!!!!!!!!
Bahasanya bisu.hadirnya tidak terduga.
Adakala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa.
Adakala untuk mengajak kita bertanya,
Apakah diri sudAh terlupa?....
Ya....terlupa siapakah diri kita di sisi-nya.
Terlupa dari mana datangnya dan kemana pula hala hidup kita.
Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa2.
Apakah masih ingin derhaka kepada-Nya??
Senyumlah wahai HATI.
Simpanlah airmata itu,
Perasaan itu,kepada seseorang yang memerlukan ia nanti.
Bangunlah ketika mana kita gagal dalam suatu hubungan,kerana itu menunjukkan bahawa kamu punya sebuah hati untuk dicintai bukan untuk dikhianati.
Tidak dinafikan untuk menghilangkan perasaan terhadap seseorang itu tak semudah ABC,apetah lagi nak melupakan terus umpama 123.
Ambil lah masa kamu,ambil lah masa untuk sembuhkan hati itu,namun jangan lupa, TUHAN ITU MAHA SEGALANYA,
Mohonlah padanya,kerana dia sebaik baik tempat.
Jika bukan dia,kemana lagi bagi sebuah hati untuk menyandang persoalan jika hati kamu itu sebenarnya MILIKNYA.
Simpanlah ia sebagai kenangan kerana itu juga akan membuatkan kamu dewasa dan kerana itu juga lah yang menyedarkan kamu.
Ucaplah Alhamdulillah sebab kamu masih belum terlambat bagi kepedihan sebuah hati yang mungkin lebih teruk.
Tidak ada seorang pun manusia yang terkecuali dalam dugaanNya.
Jadi bersyukurlah,dia sedang mengingatkan kamu.
Jadi kuatkan semangat.jangan jadi lemah.
Kita bukanlah malaikat yang tak buat kesilapan.
Kita juga bukan syaitan yang tak ada kebaikan.
Kita cuma manusia,ada kelebihan ada kekurangan.
Jadi,senyumlah wahai hati.Pasti ada yang menghargai :)

No comments: