Followers

Sunday 10 March 2013

Pengalaman mengajarku

Ada pernah aku tengok kat youtube, satu clip mengatakan bahawa hati yang cantik ialah hati yang pecah berderai. sebab setiap luka dan parut yang tercatat di dalamnya menceritakan tentang setiap insan yang pernah disayangi dan dijaga dengan penuh kasih. namun ada ketikanya, takdir menentukan, bahawa mereka tidak boleh bersama. maka empunya hati itu tetap mencari secebis lagi hatinya untuk diberikan pada orang lain.

hati yang rosak, luka, berparut itu menunjukkan betapa empunya hati itu berusaha memberi kasih sayangnya kepada orang lain. dan setiap satunya merupakan kenangan terindah dalam hidup mereka.

Wahai hati.

jangan berhenti untuk memberi, hanya kerana yang lain tidak menghargai...

teruskanlah usahamu memberikan kasih sayang ke pelusuk alam..

dan membawakan kebahagiaan pada setiap manusia yang hadir dalam hidupmu~
(^_^)

No comments: