Followers
Tuesday, 19 March 2013
Bersabarlah
Fitrah manusia memang terlalu sukar untuk menerima penghinaan. Tidak kira apa jua bentuk penghinaan yang dihadapi lantaran diri merasa tidak berguna, tidak bernilai, sentiasa dirundum kesedihaan, berendam air mata kedukaan dan kadangkala menimbulkan perasaan amarah. Betapa manusia itu apabila diuji maka emosi akan menjadi celaru dan ketidakpuashati mula berputik dalam diri. Namun sedar atau tidak hidup bergelumang dengan kepelbagaian emosi ini akan menjadikan jiwa tidak tenteram. Ke mana sahaja pergi perasaan itu akan sentiasa bergolak. Maka seronokkah hidup ini jika diri sentiasa tidak tenang?. Apa erti sebuah penghinaan? Tidak ada apa-apa keberuntungan yang diperolehi baik yang menghina dan juga yang dihina. Manusia yang suka menghina orang adalah manusia yang tidak sedar akan diri bahawa diri manusia ini sebenarnya memang hina disisi Tuhan. Hina adalah kerana sering melakukan dosa, setiap kekurangan diri tidak pernah diperhati melainkan melihat kehinaan orang lain. Bagi yang dihina yang merasakan dirinya tercabar maka tabahlah menghadapinya kerana tidak kemanapun penghinaan itu. Ingatlah, sedangkan para nabi, rasul dan juga Allah pun dihina oleh manusia-manusia yang kufur dan mati jiwanya inikan pula kita manusia biasa. Kesabaran itu puncak kemenangan diri, bila diri ini dihina bersabarlah dan tabahlah menghadapinya. Sisihkan air mata saat diri dihina, muliakan diri dengan Islam biar hina di mata insan tetapi tidak dihadapan Allah swt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment