Macam kena dengan aku pula.alahai.huhuh
Tidak dinafikan,cemburu adalah salah satu punca utama menyebabkan keretakan sesebuah perhubungan.Walau cemburu itu juga dalam keadaan tertentu perlu ada tetapi cemburu biasanya membawa lebih keburukan daripada kebaikan.Apalagi kalau cemburu itu terlampau berlebihan atau lebih tepat disebut cemburu buta.
Tulisan kali ini akan memberikan beberapa cara atau tips bagaimana mahu mengatasi rasa cemburu.Diharap dapat kiranya menjadi sedikit pedoman buat semua agar cemburu yang ada tidak menjadi api dan membakar hangus hubungan anda dan pasangan.
Berikut beberapa cara yang boleh dipraktikkan...
1)Hormati pasangan anda.
~Si dia juga sama seperti insan lain,sama seperti anda,punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan/kecantikan orang lain disekelilingnya.Semua insan didunia ini kan berhak memilih dan berkawan dengan sesiapa saja yang diinginkan.Walaupun dia kekasih anda,takkan nak berkawan dan bersahabat pun tak boleh kan.Kata orang,bercinta biar satu,tapi berkawan biarlah berjuta -juta...
2)Beri masa dan ruang buat diri sendiri.
~Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda.Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda.Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiapkali anda cemburu.Jika selalu berlaku pertengkaran,fikirlah..apakah anda mahu hubungan anda sentiasa berkeadaan seperti itu?Atau anda mahu keadaan yang lebih harmoni?Buat keputusan anda dan berubahlah demi kebahagiaan anda dan pasangan.
3)Bila anda merasa cemburu,apa sebenarnya perasaan anda ketika itu?
~Cuba tulis dan senaraikan satu persatu apa yang anda rasakan bila anda cemburu.Adakah anda merasa marah,geram,mahu mengamuk,atau rasa sedih,berjauh hati,menangis dan sebagainya.Senaraikan kesemuanya,kemudian,telitilah dan nilaikan satu persatu,apa kesan apa akibatnya pada anda,pada si dia dan pada hubungan anda?Fikir apa yang terbaik dan patut anda lakukan untuk hubungan anda.
4)Fikir balik kenapa anda cemburu.
-Fikir apa sebabnya yang membuatkan anda cemburu,apa salahnya si dia?Adakah perkara tersebut sememangnya kesalahan besar ataupun tidak?Fikirkan sedalam-dalamnya apakah perlu anda cemburu atau tidak.Misalnya kalau setakat si dia senyum kat orang lain,adakah salah,adakah perlu anda cemburu atau tidak.
5)Bina keyakinan dan kepercayaan anda sendiri.
~Mungkin anda tidak merasa yakin dengan diri sendiri dan takut akan kehilangan si dia.Mungkin juga anda tak percaya diri anda yang andalah orang terbaik buat si dia.Binalah,yakinlah dan percayalah yang andalah yang dipilih dan dicintai si dia.Andai anda sendiri tak mempercayai diri sendiri dan yakin dengan hubungan anda,apakah anda fikir si dia juga dapat percaya dan yakin dengan anda?Renungkanlah...
TY~skyjuice a.k.a alam1cinta
No comments:
Post a Comment