Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu
boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata
air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang
diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si
petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat
kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.
Diambilnya
beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh,
dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang
terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya,
seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.
Masih
kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum
cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga
akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak
pernah boleh berkata cukup.
Perkataan yang paling sukar
diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah
kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum
boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.
Peniaga hampir
selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri
mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat
isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya
kurang murah hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?
Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan
hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak
perlu takut berkata cukup.
Mengucapkan perkataan cukup bukan
bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan
sebagai keadaan berpuas hati.
Mengucapkan perkataan cukup
membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum
kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar
berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada
diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.
Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup” .
No comments:
Post a Comment